Kerjaya kelab Nabil Ghilas

Moreirense

Ghilas dilahirkan di Marseille, Perancis, Ghilas hanya bermain secara amatur di negaranya. Pada tahun 2010, ketika baru berusia 20 tahun, beliau berpindah ke Moreirense F.C. di Portugal dan kemudian dipinjam ke F.C. Vizela yang bermain di divisyen ketiga.[1] Beliau kembali bersama kelabnya semula dalam musim 2011–12 dengan membantu kelabnya melonjak ke peringkat teratas liga selepas tujuh tahun kemarau.[2]

Ghilas bermain dalam kesemua 30 perlawanan untuk Moreirense dalam musim 2012–13, dengan menjaringkan 13 gol di liga dan keseluruhan sebanyak 16. Tetapi, pada musim itu juga, kelab Ghilas turun semua ke divisyen kedua.

Porto

Pada 8 Julai 2013, Ghilas menyertai F.C. Porto dengan kontrak selama empat tahun dengan bayaran sebanyak 3 juta,[3] Beliau membuat debut rasmi bersama Porto pada 22 September, dengan bermain pada masa kecederaan ketika seri 2-2 menentang G.D. Estoril Praia.

Ghilas menjaringkan gol pertamanya bersama Porto pada 5 Februari 2014 ketika menang 2-1 dalam perlawanan Piala Portugis.[4] Gol keduanya kembali 22 hari kemudian ketika seri 3-3 menentang Eintracht Frankfurt dalam perlawanan Liga Eropah UEFA dan Porto menang agregat 5-4.[5]

Pada 1 September 2014, Ghilas telah dipinjam ke kelab Sepanyol, Córdoba CF.[6] Beliau membuat debut La Liga pada 12 September, menggantikan Mike Havenaar pada mint ke-59 ketika seri 1-1 menentang UD Almería.[7]

Rujukan

WikiPedia: Nabil Ghilas http://www.cordobacf.com/-/nabil-ghilas-nuevo-juga... http://www.dzfoot.com/news-11487-verts-d-europe-l-... http://www.dzfoot.com/news-13249-en-cm-algerie-ben... http://www.espnfc.com/spanish-primera-divisi%C3%B3... http://www.fifa.com/worldcup/news/y=2014/m=6/news=... http://www.lebuteur.com/international/actualites/n... http://www.soccerway.com/players/nabil-ghilas/8759... http://www.uefa.com/uefaeuropaleague/season=2014/m... http://www.vavel.com/pt/futebol-portugues/326439-v... http://www.lequipe.fr/Football/Actualites/Benin-al...